Header Ads

Header Ads

Siri 13: Apa cerita stesen Petronas ini? : Bila Fazlina Hubungi Tan Sri Sidek

Oleh Shamsudin Osman


"Ia bukan lagi masalah bisnes. Ada permasalahan yang lebih besar di dalamnya. Apakah mungkin begitulah prinsip dan strategi perniagaan sebuah syarikat besar seperti Petronas itu, maka ia mampu membuat keuntungan berbilion-bilion RM setiap tahun?

"Tidak ada langsung dasar mesra-pelanggan antara mereka dengan ‘dealer’ atau operator/ pengusaha stesen-stesen minyak mereka? Kelihatannya bahawa tugas Territory Manager atau lebih dikenali sebagai ‘Area Manager’ yang berhubungan langsung dengan stesen itu bukannya untuk membantu kalau timbul apa-apa masalah, sebaliknya untuk membina alasan kepada pihaknya bagi membolehkan mereka ‘terminate’ pengusaha/dealer berkenaan.

"Itulah persepsi yang dipercayai Puan Fazlina, pengurus stesen berkenaan. Seingatnya, sebaik sahaja dia menceritakan sedikit masalah kewangan yang dihadapi stesennya, dengan harapan mendapat nasihat ke arah mengatasinya, saat itulah bermulanya tekanan demi tekanan yang perlu dihadapinya, termasuk desakan supaya menyerahkan balik stesen itu kepada pihak Petronas Dagangan Berhad (PDB).

"Minta maaf para pembaca! Saya bukan membuat tuduhan. Saya hanya ingin memahami. Selama berbulan-bulan saya cuba memahami perkara ini, saya gagal. Pihak pengurusan stesen, Puan Fazlina, yang tidak mahu dilayan oleh pihak Area Manager, bertindak menghubungi pihak atasan Petronas iaitu Pengerusinya sendiri Tan Sri Sidek, dan alhamdulillah mendapat respon yang agak positif.

"Namun respon positif Tan Sri Sidek kepada aduan Fazlina itu tidaklah sampai ke peringkat menjawab kemusykilan-kemusykilan saya tadi. Ia hanya memberi penyelesaian sementara sahaja, sehinggalah beliau pun meletak jawatan, dan kira-kira bertepatan saat itulah pula dealer stesen ini menerima surat ‘termination’nya, bertarikh 30 Mei, dan dikehendaki keluar dari premis sebelum 12 Jun. (Anda hitunglah lagi berapa hari nak hari raya tu - 15 Jun!)

"Maka itulah dalam posting fesbuk saya pada 11 Jun saya berkongsi satu status seorang netizen yang menceritakan suasana sedih-pilu yang dialami Puan Fazlina dan anak-anaknya menyambut raya, dengan mencatatkan: “Inilah Sebenarnya Iklan Raya Petronas”.

"Ya, kita selalu menonton iklan raya Petronas yang menyentuh perasaan menggambarkan erti dan suasana nyaman bahagia keluarga menyambut raya, namun hakikatnya yang berlaku di sini adalah sebaliknya."

Demikian sebagian daripada kolum "Tekad Budaya" akhbar Amanah, yg akan berada di pasaran pada Jumaat 22 Jun ini.

Nota: Boleh ikuti Siri " Apa cerita stesen Petronas ini? "' secara terus di FB Shamsudin Osman

No comments: