Header Ads

Header Ads

Siri 29: "Apa cerita stesen Petronas ini? : Stesen Minyak Melayu,Bila Nak Tutup ?

Oleh Ahkarim Abdul Halim

Bila nak tutup ni?
Awat, pasai apa tutup?
Melayu tak reti meniaga kot?


Setiap hari apabila melintasi stesyen minyak PETRONAS itulah soalan yg terlintas di benak ribuan manusia.

Mengapa tidak, jika enam-tujuh buah yg ditutup dan terus tutup bertahun-tahun lamanya.
Entahlah, tetapi kata sahabatku Tiar Nawawi yg membuat komen di fb sebagai respon kepada cerita tentang sebuah kisah Stesyen PETRONAS yg diarah tutup di malam tahlil arwah pemilik sebuah stesyen:

"Satelah membaca posting tersebut diatas( posting tentang Peristiwa Di Malam Tahlil) keluar beberapa persoalan di kepala saya, apa telah terjadi kepada station minyak petronas, yg saya nampak terlalu banyak station minyak pertonas tutup perniagaan, ini tentu akibat gejala cerita diatas, kalau rakyat boleh tolak kerajaan BN tidak mustahil rakyat pulaukan station minyak petronas, saya sendiri kebelakangan ini kalau isi minyak pi ka shell, .. dulu kami peminat petronas patriok kunun , saya suka shell kerana pickup lebih kuat dari petronas, saya dapat bezakan ...Yg pasti shell lebih smooth cuba lah sendiri."

Itu kata Tiar. Rasanya pendapat dia dikongsi ramai pelanggan @bekas pelanggan PETRONAS.

Entahlah, cuba anda lihat, di sekitar Bandaraya Alor Setar saja yg dapat kukesan:

1. Di Pekan Kepala Batas.. dah hampir enam tahun tutup dan sudah musnah.

2. Di Jitra bersebelahan Masjid Al-A'la.. dah tiga tahun tutup dan ditukar jenama syarikat CALTEX.

3. Di Jalan Langgar tepi laluan masuk tol Alor Setar Utara. Rasanya dah enam tahun tutup.

4. Di Tanah Merah Jitra berkembar dengan Terminal Bas Jitra. Sudah hampir 3 tahun tutup.

5. Di Jalan Gunung Keriang. Dah dua tahun rasanya ditutup.

6. Di Jln Langgar berhadapan 3 di atas. Sebuah stesyen yg besar siap lengkap hampir enam tahun lalu tetapi gagal beroperasi. Kini sedang menyembah bumi.

Aku pasti ada lagi.
Ya, kenapa?
Semua orang bertanya?
Yang menghairankan semua stesyen di atas letak di laluan trafik yang cukup strategik!
Ya, kenapa?
ahkarim..5/8/18

No comments: