Siri 24: "Apa cerita stesen Petronas ini? : CHIEF AREA MANAGER
Alhamdulillah, siri "Apa Cerita Stesen Petronas ini?" yg telah saya tulis sebanyak 22 siri ketika itu, telah menarik perhatian seorang bekas Chief Area Manager sebuah syarikat minyak.
Malam ini kami berbincang mengenai "cerita stesen kami", seperti yg saya sebut beberapa kali, untuk memahami apa sebenarnya yg terjadi hingga stesen kami itu diambil balik oleh pihak berkenaan.
Terima kasih kepada bekas Chief Area Manager berkenaan yg sudi berbincang dengan kami hingga hampir jam 1.00 tadi.
Banyaklah perkara mengenai hal stesen minyak yg saya pelajari dan fahami malam ini, khasnya mengenai tugas2 seorang Area/Territory Manager.
Insya Allah buku yg sedang saya susun ini akan menjadi lebih bermanfaat kepada kita semua.
Dan semoga ada lagi orang yg berpengalaman luas dalam selok-belok perniagaan stesen minyak sudi berbincang dan berkongsi ilmu dan maklumat dengan kami.


No comments: