Siri 25: "Apa cerita stesen Petronas ini? : Perspektif Kassim Muhamad
Oleh KASSIM MUHAMAD
Jambatan seperti apa diperlukan untuk mengecilkan tanggapan dan jurang urus tadbir korporat sebuah syarikat gergasi negara dan kekeliruan seorang pengusaha kecilnya?

1) Seorang pengusaha stesen minyak milik sebuah syarikat gergasi negara
kita telah ditamatkan (mengikut pandangannya) dengan cara yang begitu
menyedihkan oleh sebuah syarikat gergasi milik negara kita. Peristiwa
sedih ini berlaku di saat-saat keluarga sang pengusaha ini sedang sibuk
bersiap menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang lalu (2018).
2) Dalam seluruh episod penamatan, penutupan dan penyerahan balik stesen minyak itu, teman saya ini melihat dirinya sebagai David yang tak bermaya untuk berdepan dengan Sang Goliath. Katanya, dia benar-benar ingin faham Kenapa dan Mengapa khidmat stesen minyak itu ditamatkan?
3) Katanya, dia begitu keliru dengan apa yang telah terjadi. Dan dia ingin tahu KENAPA dan MENGAPA dia diperlakukan sedemikian rupa? Untuk mendapatkan jawapannya dia telah menulis tanggapannya terhadap seluruh peristiwa ini di fbnya iaitu Shamsudin Osman.
4) Bagi teman saya ini, apa yang dibangkitkan adalah selaras dan dalam kerangka perjuangan Paksi (Seniman Paksi Rakyat - sebuah NGO sastera budaya) yang berdiri di atas keyakinan dan kepercayaan untuk "Berkata Benar" dan juga kewajipan untuk memperjuangkan "Tekad Budaya".
Bagi Dinsman yang juga Presiden Paksi, sememangnya Paksi sentiasa "berjuang mempertahankan nilai-nilai kemanusiaan yang sedang dimusnahkan oleh sistem dan nilai komersil dalam ketamakan Kapitalisme yg menghalalkan apa saja demi keuntungan wang."
Buat mereka yang telah mengikuti coretan Dinsman, beliau memohon mereka kongsikan pengalaman sdr dengannya
. Untuk makluman, Dinsman sedang giat membukukan pengalaman pahitnya sebagai rekod dan untuk tatapan para pembaca sekalian.

No comments: