Siri 22: "Apa cerita stesen Petronas ini?" :TM Petronas Kata Bisnes Stesen Minyak Tak Menguntungkan
Oleh Siti Fazlina Dinsman Fazlina
Hari pertama Area/Territory Manager (TM) baru bertugas menjaga kami iaitu 14 Mac 2018, dia ada watsap kakak saya iaitu dealer stesen kami. Begini:
“Forget all the past thing…u have new TM starting today which is me…..so moving forward any problems just let me know & I will try my best to assist u.
“By Monday next week insyaallah sy masukkan dlm group wa ta sy…”
Tapi janji itu hanya janji kosong untuk sedap dibaca dan buat kami semua tertipu saja. Sehingga ke hari last kami kena terminate pun dia tak masukkan kakak saya ke dalam grup watsap yang dimaksudkan itu.
Baca watsap dia tu memanglah kami semua seronok sebab akan dapat TM baru yg baik, yg akan menolong kami. Dia juga telefon kakak saya yang incharge bahagian minyak di stesen ini memberitahu yang dia faham apa masalah yg kami hadapi di sini, dan meminta kami jangan risau lagi pasal termination, sebab dia akan membantu kami.
Tapi rupa-rupanya semua itu adalah satu taktik dia saja. Agaknyalah.. kerana yang berlaku adalah sebaliknya.
Daripada 14 Mac itu saya dan kakak saya memang nak sangat berjumpa TM baru kami ni. Tapi dia tiba-tiba terlalu sibuklah konon, tak ada masa nak datang ke stesen kami pun. Puaslah kami duk call dia ajak dia datang ke stesen…
Apapun kami tak putus asa. Pada 7 Mei saya pula cuba watsap dia dengan niat yang sama iaitu ajak dia datang ke stesen. Dalam hati saya berkata – wah sibuknya dia ni macam menteri, kita nak jumpa dia sampai nak kena merayu. Inikah ciri-ciri ‘the best TM in Malaysia’ tu! (Kami mendapat tahu yang dia ini ‘no.5 the best TM in Malaysia’. Wow!..)
Ini watsap saya yang saya send kat dia pada 7 Mei:
“Salam.sy kenalkan diri dulu ye. Saya adik kak Asma adik dari kak Yanti. Maaf menganggu.. Klu Cik Az tak keberatan boleh tak kami nak sgt jumpa Cik Az mengenai stesen petronas kami. Klu blh sebelum kak Asma jumpa Cik Faizul. Ada beberapa perkara yg kami sgt2 kurang jelas. Kami harap sgt Cik Az dapat luangkan sikit masa dtg ke stesen kami.
“Apapun sy merayu sgt jasa baik Cik Az untuk dapat jumpa kitaorng”.
(Cik Az tu bukan nama sebenar dia. Saya sengaja elak sebut nama dia.)
Berikut ini saya salinkan dari watsap tersebut:
TM: Boleh sy tahu apa yg kurang jelas?
SY: Terima kasih sbb sudi baca msg saya. Susah nak terang dlm msg sbb tu kami rayu untuk Cik Az dtg ke stesen kami.
TM: Can u please call me niw6
TM: Sure we can meet up
TM: But this week im very much busy...
Election week
SY: Ooo ye ke..sory kacau ur time
SY: How about next week
SY: Next week also can but b4 kak Asma jumpa Cik Faizul n Cik Khairul
TM: Ok
TM: 14/5/2018 @ 11am
TM: Kita jumpa kat stesen
Saya mesej dia 7 Mei merayu nak jumpa, 14 Mei baru dia setuju nak jumpa, dengan bersebab. Nak tahu sebabnya?
Rupa-rupanya sebab dia nak pujuk kami supaya serahkan stesen. Surprise!.. Beriya-iya dia nasihatkan kami, katanya ikhlas nasihat dia suruh kami serah stesen.
Inilah dia TM yg baik sangat yg pada awalnya dia sendiri mengaku nak tolong family kami tanpa kami minta tolong pun. TM yg bagitau kami yg dia memang tak suka nak terminate dealer, dan katanya bukan kerja dia nak terminate orang. Rupa-rupanya dialah orangnya yg diarahkan jadi TM kami yg tugasnya hanya mencari salah kami dan cari jalan untuk TERMINATE kami.
Wow, amat mengejutkan. Patutlah pada perjumpaan kami kat stesenn pada 14 Mei itu dia amat risau kalau-kalau kami ada rakam/rekod perbualan antara kami dengan dia…
Dalam pertemuan itu dia kata kalau kami tak nak serah stesen, kami terpaksa tambah modal sekurang-kurangnya RM150 ribu.
Saya tanya dia, jika saya dapat tambah RM150 ribu bolehkah dia janji yang dia akan sama-sama dengan saya tolong uruskan stesen dan tunjuk ajar cara yg betul macamana nak uruskan belian serta jualan minyak?
Nak tau!.. Muka dia terus berubah. Dia kata: tapi itu amaun yg dia sebut, tak tau lagi berapa amaun sebenar yg bos dia Cik Faizul akan minta esok.
Waktu itu saya terfikir: Apa sebenarnya yg depa ni nak? Nak suruh tambah modal saya setuju, tapi cuma minta dia tunjuk ajar sikit sebab tak mahulah jadi macam sebelum ini – tambah tapi asyik duk rugi jer..
Respon yg saya dapat menunjukkan yg dia memang tak happy. Sebab saya sanggup tambah modal. Namun dia tetap tak putus asa. Dia pujuk saya supaya serah juga. Katanya, buat apa saya nak tambah modal kalau bisnes ni tak boleh untung. Baik guna duit tu buka kedai runcit, katanya.
OMG, adakah patut dia cakap macam tu! Jadi dealer minyak Petronas ni tak menguntungkan? Habis tu buat apa dia kerja jadi Area Manager kalau dia tau yg bisnes stesen minyak Petronas ni tak menguntungkan?
(Dari siri 4: Petronas Kebanggan Saya - oleh Siti Fazlina Dinsman Fazlina)
Nota: Boleh ikuti Siri " Apa cerita stesen Petronas ini? "' secara terus di FB Shamsudin Osman


No comments: