Header Ads

Header Ads

Siri 21: "Apa cerita stesen Petronas ini?" :Encik Abu Territory Manager Yang Dedikasi

Oleh Rosyanti Yanti

Saya ingin ceritakan sedikit contoh Territory Manager (TM) atau Area Manager yang pernah saya kenali, iaitu ketika dia menjaga stesen saya beberapa tahun lalu. Saya panggil dia Encik Abu.

Pada masa itu stesen saya dikehendaki membuat bayaran minyak secara Bankdraf, iaitu dengan menyerahkan salinan Bankdraf itu kepada pemandu lori tanker, sebagai bukti pembayaran telah dibuat, sebelum minyak diturunkan.

Keadaan kami pada masa itu juga susah. Tetapi atas kerjasama yang diberikan oleh Encik Abu, dapat membantu kami mengatasi masalah kami, hingga berjaya melepasi sistem Bankdraf itu dan keadaan kewangan kami kembali stabil.

Encik Abu selalu datang ke stesen kami untuk berbincang cara-cara bagaimana hendak membetulkan keadaan stesen, supaya kami boleh buat untung. Saya masih ingat lagi suatu petang, Putra anak Dealer stesen saya yang masih Tadika itu menegur dia, “Uncle, dekat luar tu dah gelap, uncle tak nak balik lagi?”

Begitulah dedikasinya seorang TM kepada tugasnya menjaga perniagaan stesen-stesen yang di bawah tanggungjawabnya. Beliau tidaklah bersikap ‘lepas tangan’ seperti seorang dua TM yang menjaga stesen kami akhir-akhir ini.

Tahunya hendak mencari kesalahan dan kelemahan kami, lalu menekan kami di atas sedikit kesalahan dan kelemahan itu, sambil mendesak dealer kami supaya menyerahkan balik stesen kepada PDB.

Kami pun pelik, apa yg TM yg akhir2 ini mahu sebenarnya? Kenapa dia sibuk sangat nak terminate kami? Saya akan ceritakan hal TM yg mutakhir itu dalam siri2 akan datang. Insya Allah

 Nota: Boleh ikuti Siri " Apa cerita stesen Petronas ini? "' secara terus di FB Shamsudin Osman

No comments: