Header Ads

Header Ads

Siri 27: "Apa cerita stesen Petronas ini? : GLC Jangan jadi Duri Dalam Daging Kepada Kerajaan

Oleh Datuk Yazid Othman

Dalam pada seluruh syarikat milik kerajaan (GLC) menumpukan perhatian yang jitu untuk mengaut sebanyak mungkin sokongan rakyat terhadap Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah sekarang untuk terus kekal selepas PRU 13 yang bakal menjelang beberapa minit lagi, namun sebuah GLC kelihatan tidak peka dengan hal ini.

GLC berkenaan tak lain dan tak bukan, ialah PETROLIUM NASIONAL BERHAD (PETRONAS), yang membiarkan, atau hilang kawalan terhadap anak syarikatnya, Petronas Dagangan Berhad (PDB) yang kini dilihat semakin bermaharajalela memangsakan peniaga-peniaga Bumiputera tanpa belas kasihan, merampas stesyen-stesyen mereka dengan alasan-alasan yang diada-adakan bagi menghalal kan tindakan mereka..

Bila dikaji dan diperhatikan betul2 terdapat tanda2 sebab tersembunyi atas segala kezaliman merampas stesyen2 minyak Petronas ini dari operator2 nya, dan ada yang jelas kelihatan, ia semata-mata untuk kepentingan pribadi pihak berkuasa PDB berkenaan...

Antara banyak kisah yang menyayat itu, terdapat satu peristiwa dimana anak arwah Wakil Penjual Petronas di Perak yang telah menghabiskan seluruh masa remajanya untuk membantu bapanya berniaga di stesyen minyak Petronas lebih 20 tahun...

Malangnya dia dinafikan haknya untuk terus beroperasi sendiri selepas bapanya meninggal dunia....Stesyen itu dirampas kembali oleh pihak PDB tanpa belas kasihan walaupun si anak perempuan itu merayu dengan airmata yang mengalir tak henti-henti kerana itulah periuk nasi keluarganya sejak lebih 20 tahun yang lalu..

Rayuan gadis malang itu tak dilayan langsung...stesyennya dirampas, gadis itu dinyahkan bagai seekor anjing kurap..dan dihadapan gadis itu PDB enterahkan stesyen itu kepada orang baru pilihannya..

Sementara kisah seorang Isteri yang telah membantu stesyen suaminya bertahun-tahun dan telah meninggalkan wasiat kepada isterinya agar hasil perniagaan stesyen minyak itu dijadikan rezeki untuk menampung ibu yang sudah uzur dan adik-adiknya, namun akhirnya stesyen itu dirampas secara tidak berperi kemanusiaan oleh pihak pengurusan PDB sebaik sahaja jenazah dikebumikan.
Di hari kematian si suami akibat barah hati, seorang pegawai PDB datang ke rumah arwah yang disangka oleh sekalian yang hadir, tentulah kedatangannya itu membawa 'Salam Takziah' dari pihak Petronas, dan akan duduk sama bertahlil kepada si mati...

Namun di tengah-tengah orangramai bertahlil terhadap operator minyak Petronas yang meninggal itu, pegawai berkenaan membacakan notis dihadapan orangramai: "Sila kosongkan stesyen minyak Petronas itu esok pagi kerana pemilik perniagaan itu telah mati"...tanpa menoleh ke mana-mana pegawai PDB itu terus berlalu pergi.

Alangkah terkejutnya para hadirin khususnya saudara mara dari jauh dan dekat...budaya apakah ini? Pegawai PDB itu bangsa Melayu dan beragama Islam.

Saya dan isteri yang datang disitu untuk menziarahi jenazah Allahyarham di Bandar Miri Sarawak itu, yang terbang dari Kuala Lumpur lagi, turut menyaksikan peristiwa menyayat ini. Rasa sebak dan kesal kami sejak beberapa purnama lepas hingga ke saat ini belum berkurangan lagi...

Atas nama persahabatan antara sesama operator, menyaksikan peristiwa anih ini, perasaan menyayat hati kami ini bertambah mendalam melihatkan tangisan hiba si ibu dan adik-adik arwah yang bukan sahaja kehilangan orang yang dikasihi; ditambah pula tindakan biadab PDB menarik balik perniagaan yang ditinggalkan oleh arwah untuk keluarga itu..

Berikutan itu kami suami isteri berusaha mendapatkan sokongan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri KPDNKK yang ada kaitan dengan operasi stesyen minyak Petronas...

Malangnya minit dan surat sokongan YB Menteri yang meminta PDB memberi pertimbangan sewajarnya kepada keluarga arwah untuk meneruskan perniagaan yang sedang berjalan dengan baik itu, dinafikan terang-terangan, malah dikoyak berkecai dan dicampakkan kedalam bakul sampah..

Sedangkan sokongan Menteri itu adalah wajar, kerana lesen runcit bagi perniagaan minyak itu dikeluarkan oleh kementeriannya iaitu KPDNKK.. Malangnya minit YB Menteri itu dibakulsampahkan oleh pihak pengurusan PDB, tanpa memberikan sepatah jawapan pun..

Kepada siapakah stesyen minyak yang dirampas itu akan diberikan ? iadiberikan kepada seorang Taukeh Cina yang kaya di Sarawak..

Cuma kami difahamkan pegawai tinggi PDB ini sering melakukan perkara ini dan hanya dibawah kuasanya sahaja yang menentukan stesyen itu hendak diberikan kepada siapa yang dia suka.

Begitu mudah pihak PDB merampas sesuatu stesyen itu. Di mana apabila sampai masanya satu-satu stesyen itu hendak dirampas, sebab musababnya yang diberikan amat rapi dan tidak boleh dipersoalkan oleh sesiapapun juga, kerana akalan dan alasannya yang amat kemas dan kuat, siap dengan laporan polis dan cap pesuruhjaya sumpah..!

Mereka boleh menghalalkan cara asalkan mencapai matlamat. Mereka sanggup membohongi segala fakta di depan mahkamah atau akuan2 Pesuruhjaya Sumpah dan membuat laporan palsu kepada polis. Ini sudah mencukupi untuk mereka meminta arahan mahkamah bagi memufliskan mana-mana operator stasyen minyak Peronas yang tidak membayar penalti yang mereka kenakan kerana enggan keluar dari stesyen mereka itu (walaupun alasannya berasaskan cerita rekaan mereka sahaja)..

Perdana Menteri perlu pedui GLC terkaya itu, wajarlah melihat juga peri laku para pegawainya di anak-anak syarikatnya, agar ia tidak dipandang serong oleh bakal pemilih dalam PRU akan datang ini..

Adakah slogan 1M “ rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’ hanya dilaungkan di peringkat para pegawai kerajaan bagi memastikan dasar-dasar membantu rakyat berjalan mengikut saranan Perdana Menteri. Bagaimana pula peneraju Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang sewenang-wenangnya meruntuhkan usaha kerajaan mewujudkan lebih ramai peniaga di kalangan Melayu dengan dinaungi oleh pihak GLC?

GLC janganlah menjadi duri dalam daging kepada kerajaan dalam melaksanakan agenda Melayu...Mereka boleh dianggap pengkhianat bangsa dan negara jika keadaan ini boleh menjurus kepada ketidakpercayaan rakyat terhadap usaha kerajaan membangun dan memajukan bangsa Melayu dalam bidang perniagaan ini.

Jadi Presiden Petronas tolong sesekali turun padang, tengok apa anak-anak buah buat. Tengoklah orang yang duduk di kerusi empok di menara KLCC itu kot-kot menzalimi rakyat yang berkuasa mengundi dalam PRU akan datang..!

No comments: