Siri 18: Apa cerita stesen Petronas ini?: Mengecewakan - Perjumpaan Pertama Dengan Territory Manager(TM)
Oleh Siti Fazlina Dinsman Fazlina
PETRONAS KEBANGGAAN SAYA (3)
Tahun 2015 stesen Petronas kakak saya mula mengalami kerugian. Tidak
dapat dipastikan puncanya. Keluarga saya menjadi risau apabila modal
ditambah tetapi kerugian terus berlaku. Hal ini mengakibatkan kakak
saya, iaitu dealer stesen ini, mengalami masalah kesihatan dan gangguan
emosi.
Memandangkan saya mempunyai pengalaman dalam pengurusan kewangan stesen minyak di tempat lain (bukan Petronas), saya diminta oleh keluarga untuk mengambil-alih pengurusan stesen ini buat sementara, iaitu sementara kakak saya berehat dan mengembalikan kesihatannya.
Saya masuk ke dalam pengurusan stesen ini pada November 2016. Tugas pertama saya ialah mengesan dan mengenalpasti apakah puncanya berlaku kerugian. Untuk itu saya buat keputusan untuk berjumpa Territory/Area Manager (TM), bagi mendapatkan pandangan dan nasihat beliau. Perjumpaan ini berlaku sekitar bulan Februari 2017.
Tujuan saya berjumpa TM ialah: 1) Menceritakan yang stesen kami sudah hampir satu tahun mengalami kerugian, yang kami tak tahu apa puncanya. Jumlah kerugian kira-kira RM10,000 sebulan. Walaupun modal sudah ditambah, kerugian terus berlaku.
2) Meminta agar TM mengurangkan kuantiti penghantaran minyak ke stesen kami, daripada 32,760 liter kepada 21,840 liter.
3) Meminta nasihat beliau apakah yang sepatutnya kami lakukan bagi mengatasi masalah kerugian yang kami alami itu.
4) Meminta agar beliau menghantar team untuk buat pemeriksaan tangki dan salur-salur minyak bagi memastikan tiada lagi masalah kebocoran.
5) Meminta beliau memberi tunjuk ajar atau bersama dengan kami membuat audit Kedai Mesra untuk mengetahui kerugian sebenar, di samping membetulkan semula stok inventori. (Kami memang ada membuat audit sendiri tetapi malangnya kami tak tahu baca ketepatan report audit).
Dalam perjumpaan itu TM antara lain memberi pendapatnya bahawa kerugian tidak mungkin berpunca dari masalah minyak. Kemungkinannya ia berpunca dari Kedai Mesra. Dia menasihatkan kami supaya mengurangkan simpanan stok.
Tentang audit dan report audit, dia sendiri pun katanya kurang arif. Oleh itu dia akan tolong tanyakan mana-mana stesen yang supervisornya bagus, dan mencadangkan kami pergi belajar di sana.
Mengenai minyak pula dia meminta agar kami sendiri yang membuat pump test, untuk memastikan tidak berlaku overshoot, iaitu minyak keluar lebih daripada kuantiti sebenar.
Terus terang, saya sebenarnya sangat kecewa dengan sikap dan jawapan yang diberikan oleh TM. Cuba bayangkan – kalau dia sendiri pun tidak arif dalam soal audit Kedai Mesra, maka saya apatah lagi. Lalu kepada siapa pula saya harus minta tunjuk ajar?
Dan lebih kecewa lagi selepas perjumpaan itu tidak ada pun mana-mana team yang datang untuk membantu kami, dalam hal masalah minyak mahupun Kedai Mesra. Walhasil balik asal – kami terus rugi dan modal pusingan pun semakin kurang.
Nota: Boleh ikuti Siri " Apa cerita stesen Petronas ini? "' secara terus di FB Shamsudin Osman

No comments: