Header Ads

Header Ads

Siri 7: Apa cerita stesen Petronas ni? - "Ibu, kenapa ibu tak beli baju raya epan lagi.

"Ibu, kenapa ibu tak beli baju raya epan lagi. Ibu lupa ke kita dah nak raya.. 😭"
-
Punyalah teruk si ibu ni sampai baju raya anak sendiri pun lupa!
-
Eh! Nanti dulu, sebelum nak menilai.. baca dulu kisah ni.
Ini kisah seorang ibu bernama Puan Fazlina.
Anak pertamanya diberi nama panggilan Epan (lelaki) dan anak keduanya diberi nama panggilan Mika (perempuan).
Sampai sekarang Puan Fazlina masih tidak berkesempatan untuk membuat persiapan raya.
Baju raya untuk kedua-dua anaknya pun masih belum di beli.
Semuanya sebab ditindas oleh syarikat minyak yang berwarna hijau.
Dah boleh agak stesen minyak apa kan? Ya, betul apa yang anda fikirkan tu.. mana ada stesen minyak berwarna hijau lain lagi dah.
Cerita dia macam ni..
-
Pada tahun 2007, Puan Fazlina membuat keputusan untuk berniaga dengan keluarganya dengan menjadi pengurus kepada kakaknya (Puan Dewi) iaitu seorang dealer kepada syarikat minyak hijau dan membuka stesen di RNR Kesas Awan Besar, Kuala Lumpur.
Sejak dia mula beroperasi, semuanya berjalan lancar. Tiada sebarang masalah. Sehinggalah pada tahun 2016 stesen minyak hijau tersebut menghadapi masalah financial.
Jadi Puan Fazlina ingin mencari di manakah punca kebocoran wang itu berlaku dengan berjumpa Eries iaitu area manager yang bertanggungjawab keatas stesen minyak hijau Puan Fazlina.
-
Sebelum itu, saya nak cerita bagaimanakah layanan yang Puan Fazlina terima dari Eries (area manager) tersebut sebelum Eries tahu bahawa Puan Fazlina ini sedang menghadapi masalah financial..
-
Sebelum ini…
1. Layanan yang diberikan sangat baik dan istimewa sama seperti dealer-dealer lain.
2. Area manager tersebut kurang mencari-cari kesalahan Puan Fazlina dari segi protokol syarikat.
3. Kakak kepada Puan Fazlina (Puan Dewi) sentiasa dipanggil apabila ada seminar, taklimat atau makan-makan.
-
Tetapi.. sebaik sahaja Puan Fazlina menceritakan tentang masalah financial tersebut, lain terus jadinya!
Eries (area manager) tu terus berubah dan semakin menekan Puan Fazlina. Malah tidak membantu langsung!
Apa yang dia buat?
Baiklah, saya permudahkan cerita ni supaya semua orang senang faham…
Kebiasaannya Puan Fazlina akan membayar minyak selepas minyak dihantar ke stesen.
Tetapi selepas mereka tahu yang Puan Fazlina sedang menghadapi masalah financial, secara tiba-tiba Puan Fazlina perlu membayar terlebih dahulu, kemudian barulah minyak tersebut akan dihantar.
-
Kemudian Puan Dewi iaitu kakak kepada Puan Fazlina telah dipanggil untuk berjumpa dengan area manager dan pihak atasan.
Mereka cuba untuk 'brainwash' Puan Dewi untuk serahkan semula stesen ini kepada mereka.
Kerana jika Puan Dewi gagal, ia boleh menyebabkan nama Puan Dewi 'busuk'.
Mereka menyerahkan pen dan kertas dan memaksa Puan Dewi untuk menulis surat yang menyatakan bahawa dia akan serahkan semula stesen.
Puan Dewi tidak bersetuju dan hanya menulis bahawa dia akan memberikan komitmen sepenuhnya untuk improvekan stesennya.
Persoalannya.. patut kah orang yang berjawatan tinggi membuat perangai sebegitu?
Inikah kualiti leadership yang diterapkan dalam organisasi syarikat minyak hijau?
-
Sepatutnya mereka perlulah menghantar team yang boleh bantu, cari dimanakah punca masalah dan guide.
Tapi sebaliknya yang berlaku, syarikat minyak hijau itu
lagi menekan kehidupan mereka.
Mereka mencari-cari kesalahan stesen Puan Fazlina.
Malah mereka langsung tidak pernah datang untuk beri tunjuk ajar.
-
Tak cukup dengan itu lagi..
Sebelum ini Puan Fazlina boleh membeli minyak dengan harga modal.
Tetapi sekarang, Puan Fazlina hanya boleh membeli minyak dengan harga retail.
Sebagai contoh.. bayangkan anda seorang peniaga minyak. Anda beli minyak dari supplier setiap liter dengan harga RM2.20.
Kemudian anda jual semula kepada pengguna dengan harga yang sama iaitu RM2.20 seliter.
Keuntungan Puan Fazlina pula akan diberikan kemudian, tetapi...
Keuntungan tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun syarikat minyak hijau dan Puan Fazlina boleh gunakan sebagai "redeem"
Jadi bagaimanakah Puan Fazlina ingin membuat pusingan modal atau menggunakan duit keuntungan tersebut untuk benda lain?
Sedangkan dealer lain dibenarkan untuk membeli minyak dengan harga modal sahaja..
-
Anda rasa cerita ni dah cukup tertekan? Tunggu.. masih ada lagi.
Mereka memberi tempoh selama setahun kepada Puan Fazlina untuk improve dari segi sales.
Oleh kerana itu Puan Fazlina mengadai harta-hartanya termasuk tanah ibunya untuk menampung kos yang kekurangan di stesennya.
Akan tetapi…
Secara tiba-tiba mereka terus terminate stesen tersebut dengan secara mengejut dalam masa dua bulan tanpa apa-apa notis!
(Masih belum sampai tempoh setahun seperti yang dibincangkan)
Puan Fazlina di paksa untuk mengosongkan stesen tersebut dalam masa dua minggu.
Kegilaan apakah ini?
Nak berhenti kerja pun perlu beri notis 3 bulan awal, inikan lagi nak kena terminate dan kosongkan stesen!
-
Yang lagi tidak berhati perut adalah, tarikh akhir untuk mereka kosongkan premis itu adalah 2 hari sebelum raya (12 June).
Bagaimana pula dengan nasib staff Puan Fazlina yang bekerja bersama dia semenjak 2007?
Bayangkan anda balik kampung dan anda melihat seorang ahli keluarga anda termenung di halaman kampung sambil mengusap matanya mengenang nasib yang dibuang kerja?
“Orang lain sibuk buat persiapan raya, saya sibuk mengemas stesen sehingga terpaksa bermalam di stesen dan abaikan anak-anak 😭” - Puan Fazlina
Lebih teruk lagi, sekiranya Puan Fazlina tidak mengosongkan stesen sebelum 12 June ini, dia akan dikenakan penalty dan perlu membayar 1 ribu untuk sehari (jika masih tidak kosong lagi).
-
Ini ke syarikat minyak hijau yang selalu mengingatkan kita betapa pentingnya menyambut hari pertama raya bersama dengan keluarga di dalam iklan-iklan mereka.
Dari apa yang mereka lakukan ini, ianya sangat berlawanan dengan mesej yang mereka sampai kan di dalam iklan mereka.
Oh ya.. Puan Fazlina sudah membuat rayuan dan melaporkan perkara ini kepada pihak atasan, tetapi semuanya tidak dihiraukan.
Puan Fazlina tidak mengharapkan apa-apa dari anda semua.
Cuma Puan Fazlina ingin menyebarkan cerita ini dengan harapan orang lain berjaga-jaga supaya tidak terjerat seperti dia.
Lebih sedih lagi, 11 June adalah hari jadi Puan Fazlina.
Menyambut hari jadi di stesen dalam keadaan stress, terdesak, kepenatan dan lingkaran matanya kelihatan gelap akibat tangisan yang tidak henti-henti.
-
Personally..
Saya tak sanggup melihat Puan Fazlina berada di dalam keadaan yang dia hadapi sekarang ni.
Jadi saya ingin meminta bantuan dari anda semua untuk SHARE post ini dan bantu Puan Fazlina sebarkan kebenaran ini.
-
Kita lihat begini sahaja lah..
Kalau 1 orang SHARE.
Kemungkinan besar akan dapat atleast 3-4 orang kawan anda yang akan SHARE semula selepas baca.
1 suara mungkin mereka tidak akan hiraukan, tetapi jika 10,000 orang?
Insha allah cerita ini akan sampai pada pihak atasan (yang lebih bertanggungjawab dan amanah) untuk mereka mengambil tindakan.
-
Apa lah sangat nak tekan button SHARE tu jika nak dibandingkan dengan situasi kita (yang tengah excited dan seronok nak raya) dengan keadaan Puan Fazlina yang bergelinangan air mata mengemas premis dia mengenang nasib raya dia tahun ini.
-
Terima kasih sebab baca cerita Puan Fazlina dan anak-anaknya.
Jika nak baca siri sambungan dan update terbaru tentang isu ni, boleh visit profile dibawah.
-
Tuan Shamsudin Osman, ayah kepada Puan Fazlina :
https://www.facebook.com/shamsudin.osman.73
-
Kepada pihak atasan syarikat minyak hijau :
Sesungguhnya kejayaan yang dimiliki oleh kamu sekarang ini adalah kurniaan dariNya.
Malah "kejayaan" dan "jalan kejayaan" itu sendiri adalah ciptaanNya.
Kamu tidak pernah memiliki apa-apa.
Hanya kerana dengan pandangan rahmatNya lah kamu dapat menikmati kejayaan dan kesenangan pada hari ini.
Ini kah cara kamu membalas jasa kepada dealer yang bantu bina kejayaan untuk syarikat kamu?
Iklan kamu tu tak payah siarkan dekat TV lagi dah.

No comments: