Header Ads

Header Ads

Siri 5 : Apa cerita stesen Petronas ini? : PETRONAS KEBANGGAAN SAYA (1 )

Oleh Siti Fazlina Dinsman

Sebelum ni bagi saya Petronas adalah satu nama yg besar dan menjadi kebanggaan rakyat. Tp pada ketika ini, disebabkan oleh segelintir manusia yang mempunyai kuasa di sana, membuatkan saya boleh beranggapan bahawa Petronas adalah sebuah syarikat yg kejam dan tak berperikemanusiaan.

Hanya disebabkan sedikit kesalahan yg puncanya datang dri kedua belah pihak, kami terus dihalau tanpa belas.

Lebih zalim bila ia berlaku di saat umat Islam sibuk membuat persiapan hari raya, manakala kami sibuk berkemas untuk keluar dri premis.

Bukan satu hati yg hancur malah ramai. Hancur sebab diperlakukan bagai orang tak bermaruah.

Hancur memikirkan hari raya bakal menjelang tiba sedangkan kami baru kehilangan kerja.

Hancur memikirkan orang seronok berkemas raya sedangkan kami sibuk mencari tempat utk menumpang barang.

Gila memang gila
Tanpa usul periksa
Tanpa cari punca sebenar
Tanpa selidik samaada report yg diterima palsu atau benar
Tanpa diberi tunjuk ajar
Yang paling kejam tanpa berperikemanusian kami terus diarah keluar

Bayangkan perasaan kami ketika ini. Selepas 12 tahun bekerja.
Stesen dah bagaikan rumah bagi kami. Bagaikan taman permainan buat anak2 kami. Bagaikan tempat untuk menumpang senang bagi staff kami, tiba2 bila menjelang hari raya semua itu dirampas oleh mereka yg sangat zalim.

Kalau nak bercerita apa sebanarnya yg terjadi memang banyak sangat, dan kejam.
Apapun, kuasa di tangan mereka. Peraturan boleh ditukar tanpa berbincang serta persetujuan atau sign dri kedua belah pihak.

Yang lebih menakjubkan ia juga boleh ditukar bila2 mereka suka, tak kira sebulan 2 atau 3 kali.
Walaupun jodoh kami dgn stesen mungkin sampai di sini saja, tapi saya tetap akan membangkitkan semula cerita2 ini. Tidak mahu dan tidak sanggup lagi jika cerita saya ada orang lain pula yg bakal merasa apa yg kami rasa.

Kadang2 saya terpikir apakah mereka ini tak punya akal atau tak takut dengan balasan Allah. "What u give u get back". PERCAYALAH..

Nota: Boleh ikuti Siri " Apa cerita stesen Petronas ini? "' secara terus di FB Shamsudin Osman

No comments: